2 September 2009
Program Tadarus Al-Quran
Salam dari Tinta Aliman,pada hari ini bermula jam 8.30 pagi para pelajar terlibat dalam program Tadarus Al-Quran bersama dengan guru-guru Tahfiz.Program ini telah dianjurkan oleh Unit Tahfiz MTI.Tujuan program diadakan untuk mebaiki bacaan dan mengulang Al-Quran secara melihat untuk mendapatkan pembacaan Al-Quran yang sempurna.
alangkah indah hidup ini bila Al-Quran sentiasa dihati.......
En Ahmad Allam bersama pelajar MTI....
pandangan dari atas masjid....
Cikgu Kamaruddin juga tidak ketinggalan mengambil peluang bertadarus Al-Quran...
halaqah keberkatan.......
Program Relay Message
Program pada hari itu diteruskan dengan Program Relay Message yang telah dianjurkan oleh Unit Agama. Program bermula pada jam 9.30 pagi,tujuan program ini diadakan untuk memberitahu kepada para pelajar bagaimana payahnya untuk mengesahkan seorang perawi hadis itu samada hadis yang dirawikan itu sohih atau tidak.
para pelajar sedang mendengar Ust Salam menyampaikan arahan...
Program ini juga untuk menguji kekuatan ingatan pelajar untuk mengingati sesuatu ilmu dan menyampaikan pada orang lain dengan ingatan yang tepat dan tidak berubah isi ilmu tersebut.Program tersebut berakhir pada jam 11.00 pagi.
senyuman terukir jelas membayangkan keseronokan berada di masjid...
Bercerita Dengan Gambar
Pada jam 11pagi Unit Akademik pula mengambil alih program,Unit Akademik menganjurkan satu program yang diberi nama 'Bercerita Dengan Gambar'.Program ini untuk menimbulkan daya kreatif melakarkan jawapan dalam bentuk gambar,dari sini kita akan dapat mencungkil bakat kreatif dalam jiwa mereka.
Ust Helmi bersama Ust Nazri sedang membacakan arahan tugasan.........
Dan ternyata matlamat program tersebut berjaya kerana kelihatan ramai pelajar-pelajar yang mempunyai bakat melukis.Program dikendalikan oleh Guru-Guru.Program berakhir pada jam 12.30 tengah hari.Selepas iti para pelajar bersiap untuk solat zuhur.
para pelajar menunjukkan bakat masing-masing....
bersungguh benar kelihatan pelajar itu melaksanakan tugasan.....
Ustazah Norazmah sedang memberi tunjuk ajar......
1.00tgh - 4.00ptg
para pelajar bersiap untuk menunaikan solat zohor,selesai solat mereka membaca Al-Quran,kemudiannya mereka kembali ke temapt iktikaf masing-masing untuk berehat.
4.15-6.30ptg
Bangun untuk sembahyang asar,kemudian selepas solat asar ada pengisian kuliah asar sehingga lebih kurang jam 6.30ptg.
7.00-8.00mlm
bersiap untuk berbuka puasa dan solat maghrib
8.00-10.00
solat isyak dan solat terawih berjemaah,selesai sahaja solat para pelajar bertadarus Al-Quran.Kemudian para pelajar diarahkan kembali ke tepat iktikaf masing2 untuk muhasabah diri sepanjang hari ini apa yang dilakukan.kemudian para pelajar diarahkan tidur dan yang mana telah ditugaskan untuk ribat (berjaga malam) mengikut kumpulan masing2..
sekian laporan tinta aliman untuk hari ini..