Assalamualaikum salam ramadhan dari tinta aliman,pada bulan yang penuh barakah ini Madrasah Tahfiz Al-Iman seperti tahun-tahun yang sudah sekali lagi menganjurkan Program Iktikaf Ramdhan bagi sesi tahun 2009.Program diadakan di Masjid Sultan Ismail yang terletak di UTM Skudai.Program ini akan berlangsung selama 3 hari bermula pada 1 September hingga 4 September 2009.Insyaallah sepanjang program ini berlangsung Tinta Aliman akan mengemaskini segala program yang diadakan di sana.
1 September 2009
Program bermula sejak petang semalam.Pelajar telah bertolak ke Masjid UTM selepas sembahyang berjemaah zohor.Program telah dirasmikan oleh Mudir Madrasah Ust Abdel Hamid Tahir Al-Umari dengan bacaan doa dan Kuliah Asar.
Para pelajar sedang mendengar Kuliah dari Mudir....
Program kuliah tersebut selesai lebih kurang jam 6.30 petang,para pelajar bersiap untuk berbuka puasa dan Solat Maghrib.Madrasah mengucapkan ribuan terima kasih diatas juadah berbuka puasa yang telah disumbangkan oleh En Mazlan dan Puan Zaiton.Semoga sumbangan saudara allah membalasnya dengan pahala berlipat ganda.
Pada sebelah malamnya pelajar-pelajar mengikuti solat Isyak dan Solat terawih secara berjamaah.Selesai solat pelajar-pelajar berkumpul mengikut kumpulan masing-masing untuk program Tadarrus Al-Quran.Seterusnya program malam itu disudahi dengan muhasabah diri dan membahagikan pelajar untuk membuat Ribat Malam (Berjaga secara bergilir-gilir).
sekian laporan 1September 2009 dari tinta aliman.
Tabung Tahunan Madrasah Tahfiz Al-Iman
Tabung Tahunan Al-Iman telah dilancarkan..Untuk Info terkini mengenai Tabung Tahunan ini anda boleh klik ke link ini
http://tabungaliman.blogspot.com/
http://tabungaliman.blogspot.com/
Sebarang urusan sumbangan bolehlah dimasukkan ke dalam Akaun Madrasah
Bank Muamalat Malaysia Berhad Akaun No : 0102 0003183716 dan Boleh berhubung terus di Talian : 07 5217981/07 5216457.
Bank Muamalat Malaysia Berhad Akaun No : 0102 0003183716 dan Boleh berhubung terus di Talian : 07 5217981/07 5216457.
Posted by
Madrasah Tahfiz Al-Iman
0 comments:
Post a Comment