Pada 24 Julai 2009 Unit Akademik MTI sekali lagi telah menganjurkan lawatan sambil belajar ke Makmal Pendidikan Kimia,Fakulti Pendidikan,Jabatan Sains dan Matematik,UTM Skudai.Lawatan tersebut disertai seramai 31 orang pelajar dan 4 orang guru.Mereka bertolak dari MTI pada jam 8.45am da tiba di UTM lebih kurang jam 9.00am.
Objektif lawatan ini diadakan bertujuan untuk mendedahkan pelajar dengan persekitaran sebenar makmal sains.Selain itu dapat memberi peluang kepada pelajar untuk mempelajari radas-radas di dalam makmal dan mengenali teknologi baru di dalam makmal Universiti.Objektit utama yang dimahukan dari lawatan ini adalah untuk memupuk sifat minat dan suka belajar subjek Sains.
Lawatan ini dimulakan dengan penerangan ringkas oleh Ketua Makmal Pendidikan Kimia,Tuan Haji Muslim Bin Jonid iaitu Pensyarah dari Fakulti Pendidikan UTM.Perkara pertama yang diajar kepada pelajar ialah membaca suhu menggunakan termometer dan satu alat baru yang lebih efektif untuk mengesan dan merekodkan suhu dalam bentuk graf (sensor termometer). (Beberapa sampel pelajar diambil),kemudian para pelajar diminta memerhati dan merekodkan kadar denyutan jantung menggunakan satu alat mengesan denyutan jantung dalam makmal dengan menggunakan graf.Selepas itu para pelajar diperlihatkan kepada Penjana Van de Graff.
Para Pelajar juga berpeluang melihat penghasilan tenaga elektrik daripada perubahan tenaga kinetik (konsep dynamo).Melihat mentol menyala apabila roda diputarkan dan arus elektrik terhasil dan menggerakkan bacaan galvanometer.Selesai sahaja semua aktiviti di makmal pelajar pulang semula ke Madrasah pada jam 12.15 tengah hari.Mereka semua mengharapkan lawatan ini akan diteruskan di masa akan datang.
'Menjana Kupu-Kupu Syurga'
Tinta Aliman
Tabung Tahunan Madrasah Tahfiz Al-Iman
http://tabungaliman.blogspot.com/
Bank Muamalat Malaysia Berhad Akaun No : 0102 0003183716 dan Boleh berhubung terus di Talian : 07 5217981/07 5216457.
Assalamualaikum...Ahlan Wa Sahlan Wa Marhaban Bikum...salam ukhuwah dari Madrasah Tahfiz Al-Iman,mulai dari bulan Julai ini laman blog ini akan diaktifkan untuk tatapan semua khasnya Ibu Bapa pelajar Madrasah,selepas ini Madrasah Tahfiz Al-Iman akan dikenali sebagai MTI untuk penulisannya.MTI sudah lama ingin membangunkan website nya tetapi ketika itu masa dan kakitangan untuk membinanya masih tidak mencukupi.Sempena dengan 10 Tahun MTI,MTI telah mengorak langkah untuk mengaktifkan blog ini sebagai makluman pada orang di luar sana berkenaan aktiviti MTI dan apa yang terdapat di MTI
Insyaallah jika diizinkan dan tiada aral melintang,mulai 01 Ogos ini al-iman09.blogspot.com akan mula diaktifkan sepenuhnya dengan info-info mengenai MTI dan aktiviti-aktiviti yang dilakukan oleh pelajar-pelajar di MTI.
Sebarang cadangan dan komen bolehlah email at madrasahiman@gmail.com
"Menjana Kupu-Kupu Syurga"