Assalamulaiakum,dah lama rasanya tinta aliman tidak Update blog ni,masing-masing sibuk dengan peperiksaan,Alhamdulillah peperiksaan telah selesai,Tinta Aliman mendoakan agar para pelajar semua mendapat keputusan yang baik dalam peperiksaan yang telah berlangsung.
Hari yang merapatkan ukhuwah diantara ibubapa dan warga MTI kini kembali lagi,pengedaran dan jemputan kepada ibubapa sedang berjalan,pada kali ini MTI membuat kelainan dengan memberikan penghormatan kepada tenaga pengajar MTi untuk menjemput sendiri ibubapa pelajar kerana kami merasakan dengan pendekatan ini ukhuwah di antara ibubapa dan guru boleh menjadi bertambah rapat,kerana guru-guru inilah yang mendidik anak-anak tanpa jemu,Tinta Aliman meminta kepada semua ibubapa untuk turut hadir dengan memberikan respon yang baik kepada guru-guru yang telah menjemput mereka untuk hadir.
Hari Mawaddah ini bukan selalu diadakan cuma setahun sekali sahaja,di sinilah medan untuk kita semua warga MTI untuk bertemu,di sini jualah kita boleh berkongsi kegembiraan kita bersama selama anak-anak kita berada di Madrasah ini,apa salahnya jika ibubapa semua dapat mengosongkan masa pada hari tersebut untuk turut hadir menjayakan program ini bersama kami.Tanpa anda siapalah kami,dengan sokongan anda kami berdiri maka dengan sokongan anda juga kami gembira.Lapangkanlah masa anda untuk melihat sendiri kejayaan anak-anak anda selama anak anda bersama kami.Kami percaya dengan kehadiran anda akan memotivasikan lagi para pelajar kerana melihat ibubapa mereka menyokong mereka.
Berikut dibawah adalah tentatif Program :
7.30 mlm - Majlis bermula dengan Bacaan Al-Quran
(Al-Hafiz Mohd Ammar bin Nasir)
7.45 mlm - Ucapan dan Taklimat oleh Mudir MTI
(Ustaz Abdelhamid Al-Umary)
8.15 mlm - Azan Isya'
8.30 mlm - Pengesahan Khatam Tasmi' Hafazan Al-Qur'an 2009
9.00 mlm - Persembahan Pelajar MTI & KAFAT
10.00 mlm - Jamuan Terbuka
10.05 mlm - Penyampaian Sijil,Hadiah,Anugerah dan Dividen Koprasi
11.00 mlm - Penutup
Sekian sahaja dari Tinta Aliman,akhir sekali Tinta Aliman berharap ibubapa semua yang telah dijemput dapatlah hadir untuk kita bersama-sama meraikan hari yang gemilang ini...
" Education For This Life and After "