Madrasah Tahfiz Al-Iman

No 2 Jalan Kebangsaan 6 Taman Universiti,81300 Skudai Johor NO TEL : 07 5216457 / 07 5217981

Tabung Tahunan Madrasah Tahfiz Al-Iman

Tabung Tahunan Al-Iman telah dilancarkan..Untuk Info terkini mengenai Tabung Tahunan ini anda boleh klik ke link ini

http://tabungaliman.blogspot.com/
Sebarang urusan sumbangan bolehlah dimasukkan ke dalam Akaun Madrasah

Bank Muamalat Malaysia Berhad Akaun No : 0102 0003183716 dan Boleh berhubung terus di Talian : 07 5217981/07 5216457.

Akaun Madrasah

Akaun Madrasah
Sumbangan anda hanya allah yang membalasnya

Hari Terbuka MTI 18 Oktober 2009



Salam,Alhamdulillah semalam MTI telah membuka ruang kepada ibu bapa pelajar MTI dan Kafat untuk mengetahui perkembangan pembelajaran anak-anak mereka di MTI.Tinta Aliman mengucapkan Terima Kasih kepada ibu bapa dan penjaga pelajar yang hadir semalam.Semoga dengan pembukaan ruang untuk Ibu Bapa berkenaan perkembangan anak-anak mereka mendekatkan lagi hubungan MTI dan Ibu Bapa Penjaga itu dengan baik.



suasana sekitar jam 9.15 am ibu bapa penjaga dah mula ramai yang hadir.....



suasana di hadapan pejabat pentadbiran.......



jamuan juga disediakan kepada ibu bapa penjaga yang hadir.....



Ustazah Zakiah dari Unit Tahfiz bersama ibu bapa pelajar......



Ustaz Hisyamudin sedang dipertanyakan sesuatu oleh ibu bapa pelajar.....

Majlis yang berlangsung bermula jam 8 pagi dan berakhir pada jam 1 tengah hari.MTI juga ada menyediakan sedikit jamuan ringan untuk ibu bapa penjaga pelajar yang hadir,jika ada kekurangan MTI memohon banyak kemaafan sepanjang Hari Terbuka berlangsung.



Ustazah Saherah dan Ustazah Azmah sedang menunggu ibu bapa penjaga yang hadir....



Ustazah rafidah sedang melayan pertanyaan ibu bapa penjaga.....



Cikgu Azmi dari Unit Akademik sedang menerangkan perkembangan pelajarnya....

Tinta Aliman mendoakan semoga anak-anak tuan puan akan lebih berjaya dalam pembelajaran mereka di masa akan datang,kepada yang mendapat keputusan cemerlang Tinta Aliman mengucapkan Tahniah dan diharapkan mengekalkan keputusan tersebut,kepada yang kurang berjaya cubalah usaha lagi di masa mendatang jadikan kekalahan pada hari ini sebagai pemangkin untuk berjaya di masa akan datang.Kejayaan tidak akan datang bergolek tanpa usaha yang jitu.



antara guru-guru yang hadir pada Hari Terbuka tersebut....



Ustaz Nazri Ketua Unit Agama.....



siapa-siapa yang lapar atau dahaga sila ke kiosk ini....hehehehe...

Akhir sekali Tinta Aliman bagi pihak pentadbiran MTI mengucapkan berbanyak Terima Kasih kepada guru-guru yang memberikan komitmen yang baik bagi menjayakan Hari Terbuka ini.Semoga kerjasama anda dibalas oleh allah dengan pahala berlipat kali ganda.Sekian Terima Kasih dari Tinta Aliman.

"Menjana Kupu-Kupu Syurga"





Salam,Alhamdulillah berkat keberkatan dari allah dan limpah kurnianya lahir lagi seorang pelajar yang telah tamat mengkhatamkan hafazannya pada 14 Oktober 2009.Pelajar itu bernama Sharmila Begum Bte Yahya.Pelajar ini telah menyempurnakan Khatam Tasmi' 30 Juzu' Al-Quran dengan penuh kesyukuran.Bermula dengan Iqra' 3 pada awalnya kerana belum mempunyai asas membaca Al-Quran namun kerana azam,semangat dan usahanya yang bersungguh-sungguh untuk khatam,walaupun terpaksa menghadapi bermacam-macam dugaan,namun berkat usaha dan doa serta kerjasama ibu bapanya yang tak pernah berbelah bahagi kepada pihak Madrasah,akhirnya pelajar ini telah berjaya mencapai cita-cita untuk menjadi seorang hafizah.Alhamdulillah.


Pelajar ini wajar dipuji kerana tidak mengenal erti malu walaupun pada ketika itu sudah berusia 14 tahun,baru mula hendak mempelajari asas-asas membaca Al-Quran namun dengan adanya minat untuk mendalami ilmu Al-Quran serta bakat sokongan padu dari ahli keluarganya,maka dengan izin Allah mereka dapat melihat kejayaan pelajar ini.Walaupun sudah tamat SPM pelajar ini bertekad untuk terus berada di MTI demi mencapai cita-cita Khatam Al-Quran 30 juzu' Al-Quran.

Semangat dan sokongan daripada kedua ibu bapa serta usaha yang bersungguh-sungguh perlu dicontohi oleh semua pihak demi memastikan kejayaan pelajar di dalam pelajaran yang diceburi seperti tahfiz,akademik dan agama di Madrasah Tahfiz Al-Iman.


Sekian dari tinta aliman.....



Alhamdulillah berkat kesabaran dan didikan yang diberikan oleh Guru Tahfiz di MTI,Pada Tarikh 12 Oktober 2009 seorang lagi pelajar MTI telah mengkhatamkan hafazan Al-Quran.Pelajar itu bernama Mohd Ammar Bin Mohd Nasir dari Darjah 5.Pelajar ini berjaya mengkhatamkan hafazan Al-quran selama lebih kurang 3 tahun.MTI amat berbangga dengan kejayaan pelajar ini.Semoga kejayaan pelajar ini menjadi inspirasi pelajar lain untuk turut berjaya mengkhatamkan hafazan Al-Quran 30 juzu'.

Kepada pelajar-pelajar yang lain teruskan usaha untuk mencapai kejayaan dalam pelajaran tidak kira bidang tahfiz,agama mahu pun akademik.Kerana itulah tugas seorang pelajar dan amanah itu harus dipikul dengan bertanggungjawab terhadap ibu bapa anda.Tinta Aliman juga mengucapkan Selamat menghadapi peperiksaan akhir tahun MTI dan Kafat tidak lama lagi.Semoga Kejayaan menghampiri anda diakhirnya.

Sekian dari Tinta Aliman

"Menjana Kupu-Kupu Syurga"



TABUNG RAMADHAN 2009


Alhamdulillah pada bulan yang mulia yang lepas, MTI telah melancarkan tabung ramadhan untuk membiayai aktiviti pelajar madrasah sepanjang bulan yang penuh barakah itu.

Di sini kami warga MTI ingin menucapkan Terima Kasih dan جزاكم الله خيرا kepada semua muslimin dan muslimat yang telah sudi memberi sumbangan berupa wang ringgit ataupun juadah berbuka puasa atau apa jua sumbangan itu diterima.

Kami berdoa kepada Allah agar melimpahkan rahmatnya keatas anda semua dan semoga Allah membalas budi anda semua dengan ganjaran pahala yang banyak, amin

Sumbangan

Kegunaan

Baki

RM 12,014.00

RM 6764.00

RM 5250.00


Antara aktiviti pelajar di bulan ramadhan yang dapat dibiayai oleh tabung ramadhan adalah seperti berikut:

Aktiviti

Berbuka puasa

Bersahur

Hadiah bagi pemenang dalam pertandingan tasmi' hafazan Al-Qur'an intensif

Duit Raya untuk pelajar-peljar

Kuih Raya untuk guru-guru

Lain-lain




7hb Oktober 2009,Peperiksaan PMR bagi pelajar-pelajar Tingkatan 3 bermula,seawal jam 7.30 pagi pelajar-pelajar telah mula berkumpul disekitar kawasan Madrasah.Setelah menunggu hampir 9 bulan maka pada hari ini pelajar-pelajar Tingkatan 3 seolah-olah bertempur di medan perjuangan.Seramai 19 orang calon PMR daripada Madrasah Tahfiz Al-Iman ini menduduki peperiksaan yang besar maknanya bagi pelajar Tingkatan 3.



InsyaAllah,segala usaha,pengorbanan yang dilakukan akan membuahkan kejayaan yang pasti ditunggu-tunggu oleh pelajar,ibu bapa dan seluruh warga Madrasah ini.Adalah diharapkan peperiksaan PMR yang bermula pada 7hb Oktober 2009 sehingga 13 Oktober 2009 ini akan memberi laluan kepada seluruh warga pelajar Tingkatan 3 madrasah ini untuk membuktikan usaha mereka selama ini InsyaAllah..



para pelajar sedang tekun menjawab soalan.......



Tinta Aliman mendoakan semoga anak-anak ini akan mendapat keputusan yang baik diakhirnya nanti.Tinta juga meminta ibu bapa semua untuk panjatkan doa mohon kejayaan untuk pelajar-pelajar MTI yang sedang mengambil peperiksaan ini,kerana Doa adalah senjata orang islam....



semoga berjaya.....

Sekian dari tinta aliman....
"Menjana Kupu-Kupu Syurga"

Salam Aidilfitri dari Tinta Aliman...rasa-rasanya masih belum terlambat untuk Tinta Aliman mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir dan Batin dari Tint Aliman dan warga kerja MTI.Bersempena dengan kedatangan Syawal MTI telah mengadakan satu Majlis Penyerahan Duit raya kepada semua pelajar MTI dan sedikit ole2 raya kepada semua Staff.Majlis telah diadakan pada 17 September 2009 yang lalu sebelum MTI bercuti selama lebih kurang seminggu.Majlis telah diadakan di Bangunan Unit Akademik MTI.









Majlis telah diadakan pada jam 8.00 pagi.Majlis pada pagi itu telah dipengerusikan oleh Ketua Pelajar MTI iaitu Adik Mus'ab Bin Allam.Majlis bermula dengan bacaan doa disempurnakan oleh Ustaz Helmi Selamat.Kemudian diteruskan pula oleh Bacaan Al-quran oleh Ustaz Nahdatul Salam.Selepas itu pengerusi telah meminta setiap Ketua Unit untuk menyampaikan sedikit ucapan.









Ketua Unit Akademik diwakili oleh Cikgu Abu Zar,Ketua Unit Agama Ust Nazri Bin Omar dan Ketua Unit Tahfiz diwakilkan oleh Ust Megat Ahmad.Manakala dari Pejabat pula diwakili oleh En Hair Hanif untuk menyampaikan ucapan.















Program seterusnya penyampaian duit raya dari Pejabat MTI majlis yang sepatutnya diserikan oleh Mudir MTI pada hari itu telah digantikan oleh En Mohd Hidiah selaku Bendahari MTI kerana Mudir sedang berada di tanah suci untuk mengerjakan ibadah Umrah.Walaupun sumbangan yang tidak seberapa tetapi memberi pengertian cukup besar kepada para pelajar betapa kemanisan penghargaan MTI kepada para Pelajar-pelajarnya.Perkara seumpama ini akan beterusan,semoga MTI akan terus membangun dengan maju jaya.












MTI juga tidak melupakan jasa para warga kerjanya yang terdiri dari guru-guru dan staf,bersempena dengan syawal yang menjelang juga warga kerja MTI telah dihadiahkan sedikit ole2 raya berupa sumbangan kuih raya dari pihak Mudir MTI.Tinta Aliman mewakili warga kerja MTI mengucapkan ribuan Terima Kasih kepada pihak Mudir MTI diatas ole2 itu,walaupun tidak seberapa nilainya tidak dapat dibeli dengan ukhuwah yang terjalin sesama staff MTI.Kami umpama sebuah keluarga besar yang saling memerlukan satu sama lain.Semoga ukhuwah yang kami bina akan berkekalan hendaknya.












Majlis kemudian ditutup dengan Ucapan oleh wakil Pelajar iaitu Adik Farizuddin dan juga wakil Mudir iaitu Cikgu Kamaruddin Katimin.Bacaan doa dan Tasbih kafarah telah mengakhiri pogram kami pada hari itu.

"Menjana Kupu-Kupu Syurga"

Salam,semalam MTI telah menerima sumbangan 4 kotak Kismis.Seorang yang tidak dikenali telah datang dan menghulurkan sumbangan tersebut.MTI mengucapkan Terima Kasih diatas sumbangan tersebut.Hanya allah yang membalasnya dengan pahala yang berlipat kali ganda.





4 kotak kismis yang disumbangkan...

Pelawat Al-Iman

Logo MTI

Logo MTI
Madrasah Tahfiz Al-Iman

About MTI

Madrasah Tahfiz Al-Iman (MTI) telah ditubuhkan pada tanggal 5 Julai 1999. Bertempat di sebuah rumah dua tingkat di Taman Pulai Utama, MTI telah memulakan operasi dengan khidmat 3 orang guru dan seorang kerani am. Di awal penubuhan, penuntut MTI hanyalah seramai 5 orang sahaja.
Madrasah Tahfiz Al-Iman juga telah mendaftar di bahawah Pejabat Pendidikan Agama Johor dengan No Pendaftaran : PPAJ 6/03/05/21

ORGANISASI MTI

LEMBAGA PENGURUSAN

Ust Abdel Hamid Al-Umari - Mudir / K.Unit Tahfiz

ustazabdelhamid@gmail.com

Md Hidiah Bin Ishak-Pendaftar

hidiah.mti@gmail.com

Ust Nazri bin Omar - Ketua Sektor Agama

nazri.mti@gmail.com

Cikgu Kamaruddin - Ketua Sektor Akademik

kamaruddin.mti@gmail.com


HAL EHWAL PELAJAR

En Hair Hanif Bin Abd Hamid

hairhanif@gmail.com


PEMBANTU TADBIR

Mohd Aidil Bin Ismail

aidil.mti@gmail.com








Aktiviti MTI

19-22 Oktober 2009

- Peperiksaan KAFAT Akhir Tahun

2-12 November 2009

- Peperiksaan Akhir Tahun MTI

21 November 2009

-Hari Mawadaah MTI,Bertempat di Jb Catering