Madrasah Tahfiz Al-Iman

No 2 Jalan Kebangsaan 6 Taman Universiti,81300 Skudai Johor NO TEL : 07 5216457 / 07 5217981

Tabung Tahunan Madrasah Tahfiz Al-Iman

Tabung Tahunan Al-Iman telah dilancarkan..Untuk Info terkini mengenai Tabung Tahunan ini anda boleh klik ke link ini

http://tabungaliman.blogspot.com/
Sebarang urusan sumbangan bolehlah dimasukkan ke dalam Akaun Madrasah

Bank Muamalat Malaysia Berhad Akaun No : 0102 0003183716 dan Boleh berhubung terus di Talian : 07 5217981/07 5216457.

Akaun Madrasah

Akaun Madrasah
Sumbangan anda hanya allah yang membalasnya

Pada 24 Julai 2009 Unit Akademik MTI sekali lagi telah menganjurkan lawatan sambil belajar ke Makmal Pendidikan Kimia,Fakulti Pendidikan,Jabatan Sains dan Matematik,UTM Skudai.Lawatan tersebut disertai seramai 31 orang pelajar dan 4 orang guru.Mereka bertolak dari MTI pada jam 8.45am da tiba di UTM lebih kurang jam 9.00am.

Objektif lawatan ini diadakan bertujuan untuk mendedahkan pelajar dengan persekitaran sebenar makmal sains.Selain itu dapat memberi peluang kepada pelajar untuk mempelajari radas-radas di dalam makmal dan mengenali teknologi baru di dalam makmal Universiti.Objektit utama yang dimahukan dari lawatan ini adalah untuk memupuk sifat minat dan suka belajar subjek Sains.

Lawatan ini dimulakan dengan penerangan ringkas oleh Ketua Makmal Pendidikan Kimia,Tuan Haji Muslim Bin Jonid iaitu Pensyarah dari Fakulti Pendidikan UTM.Perkara pertama yang diajar kepada pelajar ialah membaca suhu menggunakan termometer dan satu alat baru yang lebih efektif untuk mengesan dan merekodkan suhu dalam bentuk graf (sensor termometer). (Beberapa sampel pelajar diambil),kemudian para pelajar diminta memerhati dan merekodkan kadar denyutan jantung menggunakan satu alat mengesan denyutan jantung dalam makmal dengan menggunakan graf.Selepas itu para pelajar diperlihatkan kepada Penjana Van de Graff.

Para Pelajar juga berpeluang melihat penghasilan tenaga elektrik daripada perubahan tenaga kinetik (konsep dynamo).Melihat mentol menyala apabila roda diputarkan dan arus elektrik terhasil dan menggerakkan bacaan galvanometer.Selesai sahaja semua aktiviti di makmal pelajar pulang semula ke Madrasah pada jam 12.15 tengah hari.Mereka semua mengharapkan lawatan ini akan diteruskan di masa akan datang.

'Menjana Kupu-Kupu Syurga'

Tinta Aliman


Assalamualaikum dari Tinta Aliman,pada 17 Julai 2009 bersamaan hari sabtu yang lalu Madrasah Tahfiz Al-Iman dengan dianjurkan oleh Unit Akademik MTI telah mengadakan lawatan ke Makmal Universiti Teknologi Malaysia.Tujuan lawatan diadakan adalah untuk memberikan pendedahan sebenar apakah peralatan-peralatan yang digunakan di dalam makmal dan ciri-ciri keselamatan yang perlu dijaga apabila berada di dalam Makmal.
Program ini adalah usahasama diantara MTI dengan seorang Pensyarah di Universiti Teknologi Malaysia iaitu Tuan Haji Muslim.Program ini disertai oleh pelajar-pelajar dari sessi tiga (Tingkatan 3 hingga 5 ).Disini para pelajar telah didedahkan dengan pembelajaran secara praktikal dan juga memperluaskan minda pelajar dengan suasana makmal yang sebenar.Walaupun kita di MTI terdapat makmal akan tetapi Suasana makmal sebenar tidak terlihat secara menyeluruh,tetapi apabila program ini dianjurkan para pelajar akan lebih bersedia jika berada di dalam Makmal yang sebenar.

Pada masa yang akan datang Lawatan ini akan diteruskan,MTI bermatlamat untuk menjadikan pelajar-pelajar MTI duduk sama rendah dan berdiri sama tinggi sebaris dengan sekolah-sekolah yang lain.Tinta Aliman mengucapkan Tahniah kepada Unit Akademik MTI yang telah menjayakan program tersebut.Diharapkan pada masa akan datang program-program yang baik ini akan diteruskan.

Di bawah ini Tinta Aliman ada menyediakan sedikit gambar sekitar program tersebut yang telah dirakamkan oleh Jurugambar MTI iaitu En Hair Hanif.























Tinta Aliman mengucapkan Terima Kasih kepada En Hair Hanif.




































































Assalamualaikum...Ahlan Wa Sahlan Wa Marhaban Bikum...salam ukhuwah dari Madrasah Tahfiz Al-Iman,mulai dari bulan Julai ini laman blog ini akan diaktifkan untuk tatapan semua khasnya Ibu Bapa pelajar Madrasah,selepas ini Madrasah Tahfiz Al-Iman akan dikenali sebagai MTI untuk penulisannya.MTI sudah lama ingin membangunkan website nya tetapi ketika itu masa dan kakitangan untuk membinanya masih tidak mencukupi.Sempena dengan 10 Tahun MTI,MTI telah mengorak langkah untuk mengaktifkan blog ini sebagai makluman pada orang di luar sana berkenaan aktiviti MTI dan apa yang terdapat di MTI

Insyaallah jika diizinkan dan tiada aral melintang,mulai 01 Ogos ini al-iman09.blogspot.com akan mula diaktifkan sepenuhnya dengan info-info mengenai MTI dan aktiviti-aktiviti yang dilakukan oleh pelajar-pelajar di MTI.

Sebarang cadangan dan komen bolehlah email at madrasahiman@gmail.com

"Menjana Kupu-Kupu Syurga"

Pelawat Al-Iman

Logo MTI

Logo MTI
Madrasah Tahfiz Al-Iman

About MTI

Madrasah Tahfiz Al-Iman (MTI) telah ditubuhkan pada tanggal 5 Julai 1999. Bertempat di sebuah rumah dua tingkat di Taman Pulai Utama, MTI telah memulakan operasi dengan khidmat 3 orang guru dan seorang kerani am. Di awal penubuhan, penuntut MTI hanyalah seramai 5 orang sahaja.
Madrasah Tahfiz Al-Iman juga telah mendaftar di bahawah Pejabat Pendidikan Agama Johor dengan No Pendaftaran : PPAJ 6/03/05/21

ORGANISASI MTI

LEMBAGA PENGURUSAN

Ust Abdel Hamid Al-Umari - Mudir / K.Unit Tahfiz

ustazabdelhamid@gmail.com

Md Hidiah Bin Ishak-Pendaftar

hidiah.mti@gmail.com

Ust Nazri bin Omar - Ketua Sektor Agama

nazri.mti@gmail.com

Cikgu Kamaruddin - Ketua Sektor Akademik

kamaruddin.mti@gmail.com


HAL EHWAL PELAJAR

En Hair Hanif Bin Abd Hamid

hairhanif@gmail.com


PEMBANTU TADBIR

Mohd Aidil Bin Ismail

aidil.mti@gmail.com








Aktiviti MTI

19-22 Oktober 2009

- Peperiksaan KAFAT Akhir Tahun

2-12 November 2009

- Peperiksaan Akhir Tahun MTI

21 November 2009

-Hari Mawadaah MTI,Bertempat di Jb Catering