TABUNG RAMADHAN 2009
Alhamdulillah pada bulan yang mulia yang lepas, MTI telah melancarkan tabung ramadhan untuk membiayai aktiviti pelajar madrasah sepanjang bulan yang penuh barakah itu.
Di sini kami warga MTI ingin menucapkan Terima Kasih dan جزاكم الله خيرا kepada semua muslimin dan muslimat yang telah sudi memberi sumbangan berupa wang ringgit ataupun juadah berbuka puasa atau apa jua sumbangan itu diterima.
Kami berdoa kepada Allah agar melimpahkan rahmatnya keatas anda semua dan semoga Allah membalas budi anda semua dengan ganjaran pahala yang banyak, amin
Sumbangan | Kegunaan | Baki |
RM 12,014.00 | RM 6764.00 | RM 5250.00 |
Antara aktiviti pelajar di bulan ramadhan yang dapat dibiayai oleh tabung ramadhan adalah seperti berikut:
Aktiviti |
Berbuka puasa |
Bersahur |
Hadiah bagi pemenang dalam pertandingan tasmi' hafazan Al-Qur'an intensif |
Duit Raya untuk pelajar-peljar |
Kuih Raya untuk guru-guru |
Lain-lain |