Madrasah Tahfiz Al-Iman

No 2 Jalan Kebangsaan 6 Taman Universiti,81300 Skudai Johor NO TEL : 07 5216457 / 07 5217981

Tabung Tahunan Madrasah Tahfiz Al-Iman

Tabung Tahunan Al-Iman telah dilancarkan..Untuk Info terkini mengenai Tabung Tahunan ini anda boleh klik ke link ini

http://tabungaliman.blogspot.com/
Sebarang urusan sumbangan bolehlah dimasukkan ke dalam Akaun Madrasah

Bank Muamalat Malaysia Berhad Akaun No : 0102 0003183716 dan Boleh berhubung terus di Talian : 07 5217981/07 5216457.

Akaun Madrasah

Akaun Madrasah
Sumbangan anda hanya allah yang membalasnya

Salam Aidilfitri dari Tinta Aliman...rasa-rasanya masih belum terlambat untuk Tinta Aliman mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir dan Batin dari Tint Aliman dan warga kerja MTI.Bersempena dengan kedatangan Syawal MTI telah mengadakan satu Majlis Penyerahan Duit raya kepada semua pelajar MTI dan sedikit ole2 raya kepada semua Staff.Majlis telah diadakan pada 17 September 2009 yang lalu sebelum MTI bercuti selama lebih kurang seminggu.Majlis telah diadakan di Bangunan Unit Akademik MTI.









Majlis telah diadakan pada jam 8.00 pagi.Majlis pada pagi itu telah dipengerusikan oleh Ketua Pelajar MTI iaitu Adik Mus'ab Bin Allam.Majlis bermula dengan bacaan doa disempurnakan oleh Ustaz Helmi Selamat.Kemudian diteruskan pula oleh Bacaan Al-quran oleh Ustaz Nahdatul Salam.Selepas itu pengerusi telah meminta setiap Ketua Unit untuk menyampaikan sedikit ucapan.









Ketua Unit Akademik diwakili oleh Cikgu Abu Zar,Ketua Unit Agama Ust Nazri Bin Omar dan Ketua Unit Tahfiz diwakilkan oleh Ust Megat Ahmad.Manakala dari Pejabat pula diwakili oleh En Hair Hanif untuk menyampaikan ucapan.















Program seterusnya penyampaian duit raya dari Pejabat MTI majlis yang sepatutnya diserikan oleh Mudir MTI pada hari itu telah digantikan oleh En Mohd Hidiah selaku Bendahari MTI kerana Mudir sedang berada di tanah suci untuk mengerjakan ibadah Umrah.Walaupun sumbangan yang tidak seberapa tetapi memberi pengertian cukup besar kepada para pelajar betapa kemanisan penghargaan MTI kepada para Pelajar-pelajarnya.Perkara seumpama ini akan beterusan,semoga MTI akan terus membangun dengan maju jaya.












MTI juga tidak melupakan jasa para warga kerjanya yang terdiri dari guru-guru dan staf,bersempena dengan syawal yang menjelang juga warga kerja MTI telah dihadiahkan sedikit ole2 raya berupa sumbangan kuih raya dari pihak Mudir MTI.Tinta Aliman mewakili warga kerja MTI mengucapkan ribuan Terima Kasih kepada pihak Mudir MTI diatas ole2 itu,walaupun tidak seberapa nilainya tidak dapat dibeli dengan ukhuwah yang terjalin sesama staff MTI.Kami umpama sebuah keluarga besar yang saling memerlukan satu sama lain.Semoga ukhuwah yang kami bina akan berkekalan hendaknya.












Majlis kemudian ditutup dengan Ucapan oleh wakil Pelajar iaitu Adik Farizuddin dan juga wakil Mudir iaitu Cikgu Kamaruddin Katimin.Bacaan doa dan Tasbih kafarah telah mengakhiri pogram kami pada hari itu.

"Menjana Kupu-Kupu Syurga"

Pelawat Al-Iman

Logo MTI

Logo MTI
Madrasah Tahfiz Al-Iman

About MTI

Madrasah Tahfiz Al-Iman (MTI) telah ditubuhkan pada tanggal 5 Julai 1999. Bertempat di sebuah rumah dua tingkat di Taman Pulai Utama, MTI telah memulakan operasi dengan khidmat 3 orang guru dan seorang kerani am. Di awal penubuhan, penuntut MTI hanyalah seramai 5 orang sahaja.
Madrasah Tahfiz Al-Iman juga telah mendaftar di bahawah Pejabat Pendidikan Agama Johor dengan No Pendaftaran : PPAJ 6/03/05/21

ORGANISASI MTI

LEMBAGA PENGURUSAN

Ust Abdel Hamid Al-Umari - Mudir / K.Unit Tahfiz

ustazabdelhamid@gmail.com

Md Hidiah Bin Ishak-Pendaftar

hidiah.mti@gmail.com

Ust Nazri bin Omar - Ketua Sektor Agama

nazri.mti@gmail.com

Cikgu Kamaruddin - Ketua Sektor Akademik

kamaruddin.mti@gmail.com


HAL EHWAL PELAJAR

En Hair Hanif Bin Abd Hamid

hairhanif@gmail.com


PEMBANTU TADBIR

Mohd Aidil Bin Ismail

aidil.mti@gmail.com








Aktiviti MTI

19-22 Oktober 2009

- Peperiksaan KAFAT Akhir Tahun

2-12 November 2009

- Peperiksaan Akhir Tahun MTI

21 November 2009

-Hari Mawadaah MTI,Bertempat di Jb Catering