Madrasah Tahfiz Al-Iman

No 2 Jalan Kebangsaan 6 Taman Universiti,81300 Skudai Johor NO TEL : 07 5216457 / 07 5217981

Tabung Tahunan Madrasah Tahfiz Al-Iman

Tabung Tahunan Al-Iman telah dilancarkan..Untuk Info terkini mengenai Tabung Tahunan ini anda boleh klik ke link ini

http://tabungaliman.blogspot.com/
Sebarang urusan sumbangan bolehlah dimasukkan ke dalam Akaun Madrasah

Bank Muamalat Malaysia Berhad Akaun No : 0102 0003183716 dan Boleh berhubung terus di Talian : 07 5217981/07 5216457.

Akaun Madrasah

Akaun Madrasah
Sumbangan anda hanya allah yang membalasnya

Hari Terbuka MTI 18 Oktober 2009



Salam,Alhamdulillah semalam MTI telah membuka ruang kepada ibu bapa pelajar MTI dan Kafat untuk mengetahui perkembangan pembelajaran anak-anak mereka di MTI.Tinta Aliman mengucapkan Terima Kasih kepada ibu bapa dan penjaga pelajar yang hadir semalam.Semoga dengan pembukaan ruang untuk Ibu Bapa berkenaan perkembangan anak-anak mereka mendekatkan lagi hubungan MTI dan Ibu Bapa Penjaga itu dengan baik.



suasana sekitar jam 9.15 am ibu bapa penjaga dah mula ramai yang hadir.....



suasana di hadapan pejabat pentadbiran.......



jamuan juga disediakan kepada ibu bapa penjaga yang hadir.....



Ustazah Zakiah dari Unit Tahfiz bersama ibu bapa pelajar......



Ustaz Hisyamudin sedang dipertanyakan sesuatu oleh ibu bapa pelajar.....

Majlis yang berlangsung bermula jam 8 pagi dan berakhir pada jam 1 tengah hari.MTI juga ada menyediakan sedikit jamuan ringan untuk ibu bapa penjaga pelajar yang hadir,jika ada kekurangan MTI memohon banyak kemaafan sepanjang Hari Terbuka berlangsung.



Ustazah Saherah dan Ustazah Azmah sedang menunggu ibu bapa penjaga yang hadir....



Ustazah rafidah sedang melayan pertanyaan ibu bapa penjaga.....



Cikgu Azmi dari Unit Akademik sedang menerangkan perkembangan pelajarnya....

Tinta Aliman mendoakan semoga anak-anak tuan puan akan lebih berjaya dalam pembelajaran mereka di masa akan datang,kepada yang mendapat keputusan cemerlang Tinta Aliman mengucapkan Tahniah dan diharapkan mengekalkan keputusan tersebut,kepada yang kurang berjaya cubalah usaha lagi di masa mendatang jadikan kekalahan pada hari ini sebagai pemangkin untuk berjaya di masa akan datang.Kejayaan tidak akan datang bergolek tanpa usaha yang jitu.



antara guru-guru yang hadir pada Hari Terbuka tersebut....



Ustaz Nazri Ketua Unit Agama.....



siapa-siapa yang lapar atau dahaga sila ke kiosk ini....hehehehe...

Akhir sekali Tinta Aliman bagi pihak pentadbiran MTI mengucapkan berbanyak Terima Kasih kepada guru-guru yang memberikan komitmen yang baik bagi menjayakan Hari Terbuka ini.Semoga kerjasama anda dibalas oleh allah dengan pahala berlipat kali ganda.Sekian Terima Kasih dari Tinta Aliman.

"Menjana Kupu-Kupu Syurga"

0 comments:

Pelawat Al-Iman

Logo MTI

Logo MTI
Madrasah Tahfiz Al-Iman

About MTI

Madrasah Tahfiz Al-Iman (MTI) telah ditubuhkan pada tanggal 5 Julai 1999. Bertempat di sebuah rumah dua tingkat di Taman Pulai Utama, MTI telah memulakan operasi dengan khidmat 3 orang guru dan seorang kerani am. Di awal penubuhan, penuntut MTI hanyalah seramai 5 orang sahaja.
Madrasah Tahfiz Al-Iman juga telah mendaftar di bahawah Pejabat Pendidikan Agama Johor dengan No Pendaftaran : PPAJ 6/03/05/21

ORGANISASI MTI

LEMBAGA PENGURUSAN

Ust Abdel Hamid Al-Umari - Mudir / K.Unit Tahfiz

ustazabdelhamid@gmail.com

Md Hidiah Bin Ishak-Pendaftar

hidiah.mti@gmail.com

Ust Nazri bin Omar - Ketua Sektor Agama

nazri.mti@gmail.com

Cikgu Kamaruddin - Ketua Sektor Akademik

kamaruddin.mti@gmail.com


HAL EHWAL PELAJAR

En Hair Hanif Bin Abd Hamid

hairhanif@gmail.com


PEMBANTU TADBIR

Mohd Aidil Bin Ismail

aidil.mti@gmail.com








Aktiviti MTI

19-22 Oktober 2009

- Peperiksaan KAFAT Akhir Tahun

2-12 November 2009

- Peperiksaan Akhir Tahun MTI

21 November 2009

-Hari Mawadaah MTI,Bertempat di Jb Catering