Madrasah Tahfiz Al-Iman

No 2 Jalan Kebangsaan 6 Taman Universiti,81300 Skudai Johor NO TEL : 07 5216457 / 07 5217981

Tabung Tahunan Madrasah Tahfiz Al-Iman

Tabung Tahunan Al-Iman telah dilancarkan..Untuk Info terkini mengenai Tabung Tahunan ini anda boleh klik ke link ini

http://tabungaliman.blogspot.com/
Sebarang urusan sumbangan bolehlah dimasukkan ke dalam Akaun Madrasah

Bank Muamalat Malaysia Berhad Akaun No : 0102 0003183716 dan Boleh berhubung terus di Talian : 07 5217981/07 5216457.

Akaun Madrasah

Akaun Madrasah
Sumbangan anda hanya allah yang membalasnya

Assalamualaikum salam ramadhan dari tinta aliman,pada bulan yang penuh barakah ini Madrasah Tahfiz Al-Iman seperti tahun-tahun yang sudah sekali lagi menganjurkan Program Iktikaf Ramdhan bagi sesi tahun 2009.Program diadakan di Masjid Sultan Ismail yang terletak di UTM Skudai.Program ini akan berlangsung selama 3 hari bermula pada 1 September hingga 4 September 2009.Insyaallah sepanjang program ini berlangsung Tinta Aliman akan mengemaskini segala program yang diadakan di sana.

1 September 2009



Program bermula sejak petang semalam.Pelajar telah bertolak ke Masjid UTM selepas sembahyang berjemaah zohor.Program telah dirasmikan oleh Mudir Madrasah Ust Abdel Hamid Tahir Al-Umari dengan bacaan doa dan Kuliah Asar.



Para pelajar sedang mendengar Kuliah dari Mudir....






Program kuliah tersebut selesai lebih kurang jam 6.30 petang,para pelajar bersiap untuk berbuka puasa dan Solat Maghrib.Madrasah mengucapkan ribuan terima kasih diatas juadah berbuka puasa yang telah disumbangkan oleh En Mazlan dan Puan Zaiton.Semoga sumbangan saudara allah membalasnya dengan pahala berlipat ganda.

Pada sebelah malamnya pelajar-pelajar mengikuti solat Isyak dan Solat terawih secara berjamaah.Selesai solat pelajar-pelajar berkumpul mengikut kumpulan masing-masing untuk program Tadarrus Al-Quran.Seterusnya program malam itu disudahi dengan muhasabah diri dan membahagikan pelajar untuk membuat Ribat Malam (Berjaga secara bergilir-gilir).

sekian laporan 1September 2009 dari tinta aliman.

0 comments:

Pelawat Al-Iman

Logo MTI

Logo MTI
Madrasah Tahfiz Al-Iman

About MTI

Madrasah Tahfiz Al-Iman (MTI) telah ditubuhkan pada tanggal 5 Julai 1999. Bertempat di sebuah rumah dua tingkat di Taman Pulai Utama, MTI telah memulakan operasi dengan khidmat 3 orang guru dan seorang kerani am. Di awal penubuhan, penuntut MTI hanyalah seramai 5 orang sahaja.
Madrasah Tahfiz Al-Iman juga telah mendaftar di bahawah Pejabat Pendidikan Agama Johor dengan No Pendaftaran : PPAJ 6/03/05/21

ORGANISASI MTI

LEMBAGA PENGURUSAN

Ust Abdel Hamid Al-Umari - Mudir / K.Unit Tahfiz

ustazabdelhamid@gmail.com

Md Hidiah Bin Ishak-Pendaftar

hidiah.mti@gmail.com

Ust Nazri bin Omar - Ketua Sektor Agama

nazri.mti@gmail.com

Cikgu Kamaruddin - Ketua Sektor Akademik

kamaruddin.mti@gmail.com


HAL EHWAL PELAJAR

En Hair Hanif Bin Abd Hamid

hairhanif@gmail.com


PEMBANTU TADBIR

Mohd Aidil Bin Ismail

aidil.mti@gmail.com








Aktiviti MTI

19-22 Oktober 2009

- Peperiksaan KAFAT Akhir Tahun

2-12 November 2009

- Peperiksaan Akhir Tahun MTI

21 November 2009

-Hari Mawadaah MTI,Bertempat di Jb Catering