Pada 1 Ogos 2009 yang lalu MTI dengan anjuran Unit Akademik telah menganjurkan satu lawatan sambil belajar ke Pontian Johor.Sebanyak 3 destinasi telah dipilih untuk tujuan lawatan tersebut.Lawatan ini telah disertai seramai 40 orang pelajar dan 5 orang guru.Mereka bertolak dari MTI jam 7.30 pagi dengan menaiki bas yang disewa khas oleh pihak MTI.
Destinasi Pertama
Destinasi pertama yang dituju adalah di Stesyen Kajian Nanas Alor Bukit,Pekan Nenas.Rombongan tiba di destinasi pada jam 9.15 pagi.Rombongan telah dibawa ke ladang nanas dan diberi taklimat ringkas oleh pegawai bertugas iaitu Encik Hussin.Setelah tamat sesi taklimat dan sesi soal jawab antara para pelajar MTI dan encik Hussin,rombongan kemudian dibawa ke tapak tanaman nanas.Mereka ditunjukkan jenis-jenis sulur,kaedah penanaman dan cara penuaian hasil.Rombongan juga dijamu dengan hidangan buah nanas segar yang dipetik dari ladang.Rombongan dijamu dengan nanas daripada jenis Josephine dan D36.Rombongan berada di kawasan ladang nanas selama lebuh kurang 3 jam.
Destina Kedua
Lokasi kedua yang ditujui pada hari itu ialah Muzium Nanas yang terletak di Pontian.Rombongan tiba di Muzium lebih kurang pada pukul 12.00 tengah hari.Rombongan telah diberi taklimat ringkas oleh pegawai yang bertugas iaitu Encik Ahmad.Rombongan juga diperlihatkan cara-cara mengeluarkan benang daripada daun nanas yang boleh digunakan untuk menghasilkan baju.Setelah itu rombongan dijamu dengan jus nanas beserta buah nanas segar.Rombongan berada di Muzium Nanas selama lebih kurang satu jam.
Destinasi Ketiga
Rombongan tiba di lokasi ketiga iaitu Hutan Bakau Negara Tanjung Piai,Pontian lebih kurang pada pukul 1.00 tengah hari.Rombongan telah membuat lawatan ke kawasan Hutan Bakau dan melihat spesis flora dan fauna yang sukar ditemui.Para pelajar juga didedahkan dengan fungsi hutan bakau kepada ekonomi negara.Rombongan kemudiannya telah melawat tempat yang diiktiraf sebagai Penghujung Benua Asia.Para pelajar dan guru-guru pengiring telah menghabiskan masa lebih kurang 3 jam di sini.Rombongan kemudian menikmati sedikit jamuan dan seterusnya bertolak pulang pada pukul 5 petang.
sekian dari Tinta Aliman
"Menjana Kupu-Kupu Syurga"
Tabung Tahunan Madrasah Tahfiz Al-Iman
http://tabungaliman.blogspot.com/
Bank Muamalat Malaysia Berhad Akaun No : 0102 0003183716 dan Boleh berhubung terus di Talian : 07 5217981/07 5216457.
Tarikh : 31 Julai 2009
Masa : 9 Pagi
Tempat : Perpustakaan Sultanah Zanariah UTM Skudai
Jumlah Pelajar : 100 Orang (Peringkat Menengah)
Guru Pengiring : 3 Orang
Pada hari yang sama juga satu lawatan ke Perpustaakan juga telah diadakan,cuma destinasi nya yang berbeza.Para pelajar peringkat menengah telah mengadakan lawatan ke Perpustakaan Sultanah Zanariah di UTM Skudai.Tujuan lawatan untuk memupuk semangat membaca dikalangan pelajar MTI.Lawatan seperti ini juga amatlah baik untuk memotivasikan pelajar dengan suasana di luar yang berbeza dengan suasana di dalam Madrasah.
Di sini para pelajar telah didedahkan tentang bilik pengumpulan tesis para pensyarah yang melanjutkan pelajaran di luar negara dan tesis tersebut digunapakai oleh pelajar untuk rujukan.Selesai lawatan para pelajar telah diberikan sedikit jamuan ringan,seterusnya pelajar-pelajar terus pergi ke Masjid untuk persediaan sembahyang jumaat
Dibawah ada sedikit gambar yang telah dirakamkan oleh jurufoto MTI...
Sekian dari Tinta Al Iman
"MENJANA KUPU-KUPU SYURGA"
