Madrasah Tahfiz Al-Iman

No 2 Jalan Kebangsaan 6 Taman Universiti,81300 Skudai Johor NO TEL : 07 5216457 / 07 5217981

Tabung Tahunan Madrasah Tahfiz Al-Iman

Tabung Tahunan Al-Iman telah dilancarkan..Untuk Info terkini mengenai Tabung Tahunan ini anda boleh klik ke link ini

http://tabungaliman.blogspot.com/
Sebarang urusan sumbangan bolehlah dimasukkan ke dalam Akaun Madrasah

Bank Muamalat Malaysia Berhad Akaun No : 0102 0003183716 dan Boleh berhubung terus di Talian : 07 5217981/07 5216457.

Akaun Madrasah

Akaun Madrasah
Sumbangan anda hanya allah yang membalasnya





Salam..Hari ini TintaAliman ingin berkongsi tentang majlis Aqiqah yang telah diadakan oleh Mudir MTI sempena kelahiran anaknya yg ke 6,Mudir telah menjemput para pelajar dan sebahagian daripada ibubapa yang mempunyai masa terluang telah datang bersama menceriakan majlis.MTI bukan sahaja sekolah@madrasah yang menjadi medan pendidikan semata-mata tetapi juga merapatkan ukhuwah sesama islam dalam majlis-majlis seperti ini.

Dibawah ada sedikit gambar yang telah diambil oleh jurugambar MTI iaitu Encik Hanif pada majlis tersebut...
















ini sebahagian gambar yang telah dirakamkan.Ucapan terima kasih kepada sesiapa yang telah hadir...salam.



Salam,seperti yang dijanjikan hari ini TintaAliman akan menyambung Program Orientasi pelajar iaitu Pengawas MTI dilantik.Pada 15 Januari 2010 dengan disaksikan oleh Mudir MTI,Pengawas MTI 2010 telah dilantik dengan rasminya.Senarai Nama Pelajar yang telah dilantik sebagai Pengawas seperti berikut :




Tingkatan 4

1-Tri Nova Dharma
2-Muhammad Nur Hakim Bin Baharuddin

3-Puteri Fatimah Asah Piah Bte Megat Hussin


Tingkatan 2

1-Muhammad Fakhrur Radzi Bin Hasane
2-Irfan Haziq Bin Md Redzuan

3-Hebatullah Bte Abdel Hamid

Darjah 5

1-Muhammad Nazrin Bin Khairudin
2-Abdullah Fahmi Bin Ismail
3-Nur Nabila Bte Naseer




Mereka telah dilantik sebagai Pengawas berkuatkuasa 15 Januari 2010.Tahniah kepada Pelajar yang telah dilantik.Diharapkan para pelajar ini akan menjadi contoh dan tauladan yang baik untuk dicontohi.Dibawah ada disertakan sedikit gambar pada majlis ringkas hari Perlantikan itu..







sekian dari TintaAliman....


Salam kepada semua agak lama Tinta Aliman tidak update blog ini,ini adalah disebabkan beberapa kesibukan yang tidak dapat dielakkan alhamdulillah segala kesulitan telah diatasi dengan izin ALLAH...Tahun 2009 telah meninggalkan kita sebagai Ummat Islam kita bukan hanya memajukan diri bilamana tahun berganti tahun tapi kite kena memajukan diri setiap hari.Islam itu indah kita sebagai Ummat Islam harus memperlihatkan keindahan Islam.


MTI setiap tahun akan cuba memajukan diri dari masa ke semasa,walaupun menghadapi pelbagai rintangan perjuangan untuk mendidik anak-anak orang Islam akan diteruskan walaupun terpaksa mengharungi pelbagai cabaran di dunia yang serba maju ini.Alhamdulillah pada awal tahun bermula bulan Januari MTI telah membuka sekolah dan kemudiannya mengadakan minggu orientasi untuk pelajar-pelajar baru.Berikut dibawah ada gambar yang telah dirakamkan pada minggu orientasi tersebut.

Bermula pada 4 Januari 201o - Pendaftaran Pelajar




















6 Januari 201o - Gambar Pelajar 2010













6 Januari 201o - Pelajar makan bersama guru bimbingan...











kemudian pada 8 Januari telah diadakan Sukan untuk pelajar-pelajar bagi menguatkaan lagi ikatan ukhuwah sesama mereka dan warga MTI yang lain.

Program Sukan Orientasi - 8 Januari 2010













Program Santai di Starhill - 9 Januari 2010





















sampai di sini dahulu untuk hari ini esok saya akan sambung Hari Pengawas MTI dilantik...Salam..



Assalamulaiakum,dah lama rasanya tinta aliman tidak Update blog ni,masing-masing sibuk dengan peperiksaan,Alhamdulillah peperiksaan telah selesai,Tinta Aliman mendoakan agar para pelajar semua mendapat keputusan yang baik dalam peperiksaan yang telah berlangsung.

Hari yang merapatkan ukhuwah diantara ibubapa dan warga MTI kini kembali lagi,pengedaran dan jemputan kepada ibubapa sedang berjalan,pada kali ini MTI membuat kelainan dengan memberikan penghormatan kepada tenaga pengajar MTi untuk menjemput sendiri ibubapa pelajar kerana kami merasakan dengan pendekatan ini ukhuwah di antara ibubapa dan guru boleh menjadi bertambah rapat,kerana guru-guru inilah yang mendidik anak-anak tanpa jemu,Tinta Aliman meminta kepada semua ibubapa untuk turut hadir dengan memberikan respon yang baik kepada guru-guru yang telah menjemput mereka untuk hadir.

Hari Mawaddah ini bukan selalu diadakan cuma setahun sekali sahaja,di sinilah medan untuk kita semua warga MTI untuk bertemu,di sini jualah kita boleh berkongsi kegembiraan kita bersama selama anak-anak kita berada di Madrasah ini,apa salahnya jika ibubapa semua dapat mengosongkan masa pada hari tersebut untuk turut hadir menjayakan program ini bersama kami.Tanpa anda siapalah kami,dengan sokongan anda kami berdiri maka dengan sokongan anda juga kami gembira.Lapangkanlah masa anda untuk melihat sendiri kejayaan anak-anak anda selama anak anda bersama kami.Kami percaya dengan kehadiran anda akan memotivasikan lagi para pelajar kerana melihat ibubapa mereka menyokong mereka.

Berikut dibawah adalah tentatif Program :

7.30 mlm - Majlis bermula dengan Bacaan Al-Quran
(Al-Hafiz Mohd Ammar bin Nasir)

7.45 mlm - Ucapan dan Taklimat oleh Mudir MTI
(Ustaz Abdelhamid Al-Umary)

8.15 mlm - Azan Isya'

8.30 mlm - Pengesahan Khatam Tasmi' Hafazan Al-Qur'an 2009

9.00 mlm - Persembahan Pelajar MTI & KAFAT

10.00 mlm - Jamuan Terbuka

10.05 mlm - Penyampaian Sijil,Hadiah,Anugerah dan Dividen Koprasi

11.00 mlm - Penutup

Sekian sahaja dari Tinta Aliman,akhir sekali Tinta Aliman berharap ibubapa semua yang telah dijemput dapatlah hadir untuk kita bersama-sama meraikan hari yang gemilang ini...


" Education For This Life and After "




PROGRAM USAHASAMA MTI DAN AMAN PALESTIN



Salam,hari ni masa Tinta Aliman sedang mengemaskini fail-fail terjumpa pula satu Program yang dah berlalu tapi rasanya nak berkongsi dengan pelawat-pelawat.Pada bulan Julai yang lalu satu Program kemanusiaan yang berkaitan dengan Umat Islam di Palestin telah diadakan program tersebut dinamakan dengan 'Seruan Al-Aqso'.Program usahasama antara MTI dan Amal Palestin Berhad teah berjaya diadakan.Pada program itu MTI telah memanggil penceramah dari Amal palestin untuk memberikan pendedahan pada pelajar supaya bersyukur dengan rezeki yang ada di sini sedangkan ummat islam di Palestin setiap hari disajikan dengan hidangan peluru dan bom.



Bantuan dari Rakyat Malaysia......



antara rakyat Palestin yang tercedera.....



lihatlah runtuhan bangunan hasil kekejaman zionis Israel....!!

Untuk makluman Pelawat Amal Palestin Berhad (sebuah syarikat yang tidak bermotifkan keuntungan ) adalah sebuah organisasi yang ditubuhkan bagi menyalurkan bantuan kemanusiaan selain melibatkan diri dalam projek-projek kebajikan dan kemanusiaan khusus untuk rakyat palestin.Badan ini telah didaftarkan secara rasmi di bawah Suruhanjaya Syarikat Malaysia sebagai sebuah syarikat berhad menurut jaminan pada 3 Januari 2006.



Misi kemanusiaan kepada rakyat palestin....



antara bantuan makanan dari Malaysia,..




sukarelawan Aman Palestin....

Semenjak Amal Palestin ditubuhkan sehingga sekarang,pihak Amal Palestin telah berjaya menyalurkan bantuan kewangan kepada rakyat Palestin sama ada yang berada di perkhemahan pelarian Palestin di luar mahupun dalam palestin.Bantuan ini disalurkan kepada rakyat Palestin dengan kerjasama secara langsung dengan badan-badan kebajikan yang berpusat di Beirut,Lubanan dan di Palestin sendiri.Kesemua bantuan yang disalurkan ini adalah hasil derma yang disumbangkan oleh rakyat Malaysia.Inilah sedikit sebanyak tentang Aman Palestin Berhad,untuk mendapat maklumat lebih lanjut pada pelawat boleh mengunjungi laman web di alamat http://www.amanpalestin.net



Mudir MTI bersama wakil dari Aman Palestin....



Para pelajar sedang mendengar ceramah.....

Pada hari tersebut banyak ilmu yang dapat dipelajari oleh para pelajar MTI,dan perkara terbaik yang dipelajari adalah mereka dapat rasa betapa beruntungnya mereka dapat bersekolah dengan aman,dapat mempelajari ilmu Al-Quran dalam keadaan yang cukup tenang.Sedangkan saudara seislam kita jangan kata untuk belajar untuk makan pun sentiasa berhadapan bahaya peluru dan bom.Tinta Aliman juga ingin menyatakan kepada Ibu Bapa Pelajar,bersyukurlah dengan nikmat allah anak-anak anda belajar di sebuah tempat yang aman dan cukup baik.Nikmat allah mengurniakan rezeki untuk anda menghantar anak anda di sini.Alhamdulillah di MTI seribu kali baik daripada saudara kita yang berada di Palestin.Setiap hari nyawa mereka berada di hujung tanduk tidak mengira masa.



wakil daripada Aman Palestin.....



Para pelajar yang hadir di Program tersebut.....



Imam Masjid UTM Ustaz Yusof juga diundang pada hari itu....


Sekian dari Tinta Aliman,renungkanlah betapa kita hidup dalam keadaan yang begitu aman berbanding saudara seislam kita di Palestin Alhamdulillah.Sentiasalah kita bersyukur pada allah agar nikmat ini sentiasa berterusan.Untuk makluman pelawat pada hari tersebut atas kerjasama MTI dan warganya Aman Palestin Berhad telah berjaya mengutip sumbangan sebanyak
RM 420.55.Terima Kasih kepada siapa yang menderma.

Pelawat Al-Iman

Logo MTI

Logo MTI
Madrasah Tahfiz Al-Iman

About MTI

Madrasah Tahfiz Al-Iman (MTI) telah ditubuhkan pada tanggal 5 Julai 1999. Bertempat di sebuah rumah dua tingkat di Taman Pulai Utama, MTI telah memulakan operasi dengan khidmat 3 orang guru dan seorang kerani am. Di awal penubuhan, penuntut MTI hanyalah seramai 5 orang sahaja.
Madrasah Tahfiz Al-Iman juga telah mendaftar di bahawah Pejabat Pendidikan Agama Johor dengan No Pendaftaran : PPAJ 6/03/05/21

ORGANISASI MTI

LEMBAGA PENGURUSAN

Ust Abdel Hamid Al-Umari - Mudir / K.Unit Tahfiz

ustazabdelhamid@gmail.com

Md Hidiah Bin Ishak-Pendaftar

hidiah.mti@gmail.com

Ust Nazri bin Omar - Ketua Sektor Agama

nazri.mti@gmail.com

Cikgu Kamaruddin - Ketua Sektor Akademik

kamaruddin.mti@gmail.com


HAL EHWAL PELAJAR

En Hair Hanif Bin Abd Hamid

hairhanif@gmail.com


PEMBANTU TADBIR

Mohd Aidil Bin Ismail

aidil.mti@gmail.com








Aktiviti MTI

19-22 Oktober 2009

- Peperiksaan KAFAT Akhir Tahun

2-12 November 2009

- Peperiksaan Akhir Tahun MTI

21 November 2009

-Hari Mawadaah MTI,Bertempat di Jb Catering