Madrasah Tahfiz Al-Iman

No 2 Jalan Kebangsaan 6 Taman Universiti,81300 Skudai Johor NO TEL : 07 5216457 / 07 5217981

Tabung Tahunan Madrasah Tahfiz Al-Iman

Tabung Tahunan Al-Iman telah dilancarkan..Untuk Info terkini mengenai Tabung Tahunan ini anda boleh klik ke link ini

http://tabungaliman.blogspot.com/
Sebarang urusan sumbangan bolehlah dimasukkan ke dalam Akaun Madrasah

Bank Muamalat Malaysia Berhad Akaun No : 0102 0003183716 dan Boleh berhubung terus di Talian : 07 5217981/07 5216457.

Akaun Madrasah

Akaun Madrasah
Sumbangan anda hanya allah yang membalasnya



PROGRAM USAHASAMA MTI DAN AMAN PALESTIN



Salam,hari ni masa Tinta Aliman sedang mengemaskini fail-fail terjumpa pula satu Program yang dah berlalu tapi rasanya nak berkongsi dengan pelawat-pelawat.Pada bulan Julai yang lalu satu Program kemanusiaan yang berkaitan dengan Umat Islam di Palestin telah diadakan program tersebut dinamakan dengan 'Seruan Al-Aqso'.Program usahasama antara MTI dan Amal Palestin Berhad teah berjaya diadakan.Pada program itu MTI telah memanggil penceramah dari Amal palestin untuk memberikan pendedahan pada pelajar supaya bersyukur dengan rezeki yang ada di sini sedangkan ummat islam di Palestin setiap hari disajikan dengan hidangan peluru dan bom.



Bantuan dari Rakyat Malaysia......



antara rakyat Palestin yang tercedera.....



lihatlah runtuhan bangunan hasil kekejaman zionis Israel....!!

Untuk makluman Pelawat Amal Palestin Berhad (sebuah syarikat yang tidak bermotifkan keuntungan ) adalah sebuah organisasi yang ditubuhkan bagi menyalurkan bantuan kemanusiaan selain melibatkan diri dalam projek-projek kebajikan dan kemanusiaan khusus untuk rakyat palestin.Badan ini telah didaftarkan secara rasmi di bawah Suruhanjaya Syarikat Malaysia sebagai sebuah syarikat berhad menurut jaminan pada 3 Januari 2006.



Misi kemanusiaan kepada rakyat palestin....



antara bantuan makanan dari Malaysia,..




sukarelawan Aman Palestin....

Semenjak Amal Palestin ditubuhkan sehingga sekarang,pihak Amal Palestin telah berjaya menyalurkan bantuan kewangan kepada rakyat Palestin sama ada yang berada di perkhemahan pelarian Palestin di luar mahupun dalam palestin.Bantuan ini disalurkan kepada rakyat Palestin dengan kerjasama secara langsung dengan badan-badan kebajikan yang berpusat di Beirut,Lubanan dan di Palestin sendiri.Kesemua bantuan yang disalurkan ini adalah hasil derma yang disumbangkan oleh rakyat Malaysia.Inilah sedikit sebanyak tentang Aman Palestin Berhad,untuk mendapat maklumat lebih lanjut pada pelawat boleh mengunjungi laman web di alamat http://www.amanpalestin.net



Mudir MTI bersama wakil dari Aman Palestin....



Para pelajar sedang mendengar ceramah.....

Pada hari tersebut banyak ilmu yang dapat dipelajari oleh para pelajar MTI,dan perkara terbaik yang dipelajari adalah mereka dapat rasa betapa beruntungnya mereka dapat bersekolah dengan aman,dapat mempelajari ilmu Al-Quran dalam keadaan yang cukup tenang.Sedangkan saudara seislam kita jangan kata untuk belajar untuk makan pun sentiasa berhadapan bahaya peluru dan bom.Tinta Aliman juga ingin menyatakan kepada Ibu Bapa Pelajar,bersyukurlah dengan nikmat allah anak-anak anda belajar di sebuah tempat yang aman dan cukup baik.Nikmat allah mengurniakan rezeki untuk anda menghantar anak anda di sini.Alhamdulillah di MTI seribu kali baik daripada saudara kita yang berada di Palestin.Setiap hari nyawa mereka berada di hujung tanduk tidak mengira masa.



wakil daripada Aman Palestin.....



Para pelajar yang hadir di Program tersebut.....



Imam Masjid UTM Ustaz Yusof juga diundang pada hari itu....


Sekian dari Tinta Aliman,renungkanlah betapa kita hidup dalam keadaan yang begitu aman berbanding saudara seislam kita di Palestin Alhamdulillah.Sentiasalah kita bersyukur pada allah agar nikmat ini sentiasa berterusan.Untuk makluman pelawat pada hari tersebut atas kerjasama MTI dan warganya Aman Palestin Berhad telah berjaya mengutip sumbangan sebanyak
RM 420.55.Terima Kasih kepada siapa yang menderma.

Pelawat Al-Iman

Logo MTI

Logo MTI
Madrasah Tahfiz Al-Iman

About MTI

Madrasah Tahfiz Al-Iman (MTI) telah ditubuhkan pada tanggal 5 Julai 1999. Bertempat di sebuah rumah dua tingkat di Taman Pulai Utama, MTI telah memulakan operasi dengan khidmat 3 orang guru dan seorang kerani am. Di awal penubuhan, penuntut MTI hanyalah seramai 5 orang sahaja.
Madrasah Tahfiz Al-Iman juga telah mendaftar di bahawah Pejabat Pendidikan Agama Johor dengan No Pendaftaran : PPAJ 6/03/05/21

ORGANISASI MTI

LEMBAGA PENGURUSAN

Ust Abdel Hamid Al-Umari - Mudir / K.Unit Tahfiz

ustazabdelhamid@gmail.com

Md Hidiah Bin Ishak-Pendaftar

hidiah.mti@gmail.com

Ust Nazri bin Omar - Ketua Sektor Agama

nazri.mti@gmail.com

Cikgu Kamaruddin - Ketua Sektor Akademik

kamaruddin.mti@gmail.com


HAL EHWAL PELAJAR

En Hair Hanif Bin Abd Hamid

hairhanif@gmail.com


PEMBANTU TADBIR

Mohd Aidil Bin Ismail

aidil.mti@gmail.com








Aktiviti MTI

19-22 Oktober 2009

- Peperiksaan KAFAT Akhir Tahun

2-12 November 2009

- Peperiksaan Akhir Tahun MTI

21 November 2009

-Hari Mawadaah MTI,Bertempat di Jb Catering